Leap of Faith

leap of faith
an act of believing in or attempting something whose existence or outcome cannot be proved

It's been so long. Dah lupa dah pun kewujudan blog yang satu ini. Mungkin diri sendiri dah boleh mula move on dari segala benda yang dulu susah nak lupa dan selalunya fikir tulis secara deep deep semua boleh lah lepas sikit sesak di kepala. Kelakar. 

Bila sebut pasal sudah lama, suatu jarak masa yang lama ini, baru sedar. Ya, cukup lama. Macam - macam benda diredah, ditelan dan juga dihadap selama 'senyap'nya sebelum ini. Kalau mahu diceritakan, ditulis mahupun dibukukan, entah berapa puluh bab yang perlu ada. *senyum*
Sungguh, macam-macam yang mengajar diri menjadi lebih matang, belajar menelan yang pahit sampai kelatnya sekarang sudah boleh menjadi manis. Betul apa orang kata, hidup kita ini kadangnya pahit kemudian manis, sekejap di bawah nanti berpusinglah jejarinya ke atas. Bila dah hadap, baru benar-benar faham untuk apa wujudnya yang pahit dan kenapa perlunya tersungkur ke bawah. Untuk segala apa yang akan berlaku nanti, dengan izin Tuhan yang satu, diri sendiri boleh siap sedia tempuh dengan hati yang lebih sado.

itu baru mukaddimah. 

kesimpulannya (tiba - tiba dah kesimpulan pula dah), ya kesimpulan dari apa yang dihadapi selama beberapa tahun yang sudah, tahun tahun berada di bumi Australia, semua yang Allah aturkan itu cukup sempurna. SubhanAllah, Allahu Akbar. Kalau diimbas kembali semuanya sampai ke saat ini. Betul. Allah tak pernah silap aturkan langkah setiap hambaNya. Sesungguhnya Allah tahu apa yang baik dan apa yang bukan, apa hak kita dan apa yang milik orang lain. 

Pesan buat manusia, mana mana hati yang remuk, yang rasa tidak ada harapan lagi, sedarlah, aturan Allah itu paling baik. Aturan yang paling baik itu bukan bermakna kau akan dapat segala apa yang engkau harapkan. Just remember that expectation kills you slowly. But, when you remember that, hidup ini Allah dah aturkan, when you remember that hidup kita diletakkan di bawah kekuasaanNya, nothing can stop you from being happy, nothing can stop you from living life yang Allah lebih redha. Tapi kuncinya, kau serahkan segala hidup, ibadah dan hati kau kepada Allah, yang Maha Pengampun.

Rasa macam baru semalam, jejakkan kaki ke Adelaide, Australia dengan hanya harapkan boleh bawa pulang ijazah untuk bantu mudahkan urusan ibu dan abah. Tanpa ada apa apa expectation lain. Mungkin sebab waktu itu, memang sudah tidak mahu fikirkan hal-hal lain, memang awal-awal yang remuk itu diserahkan pada Tuhan supaya Dia betulkan apa yang rosak, apa yang rabak. Memang tidak mahu susah susah hati fikirkan hal yang tak pasti lagi, memang suduh cukup tawar hati tak mahu tempuh benda yang samar-samar lagi. Memang melangkahkan kaki pergi untuk jadi manusia lebih baik. Memang sukar tinggalkan negara sendiri, peluk keluarga bagai tidak mahu lepas waktu di balai perlepasan saat itu. Memang tak mahu berpaling kedepan saat menarik bagasi pergi, dirakam satu persatu raut muka keluarga sebab tahu, waktu itu, Allah saja yang tahu, 


Fast forward years, everything has changed. Dengan pencarian mencari diri yang Allah lebih redha, dalam mencari diri yang telah hilang dari landasan Dia yang sebenar, dengan menyerahkan semua urusan, segala-galanya di bawah perlindungan Dia, I found peace with my self, my life, I found what I've lost. I found better things that I've never imagine before. Siapa sangka, bumi yang jelasnya bukan islami, di sana everything seems right and I found Him, I found and feel His love and blessings. Countless blessing. And with that I learnt to be more grateful with my life, with what I have. I learnt to let go what I've lost and never looking at it again. Kalau tengok balik pun, mungkin untuk ingatkan diri supaya terus kuat untuk langkah pergi jauh jauh. Because I don't ever belong there anymore. and.. in the end of the study years, Allah grant me one of many of my doaa in which I conclude it as one of the pure gift from Allah, and it just feels right. It marks the start of something new. Moga yang ini lebih bawa aku dekat ke syurgaNya, yang hakiki, bukan sekadar untuk di bumi.

Allah beri satu, tetapi Allah tetap uji dengan benda lain. Semuanya untuk menjadikan kita lebih dekat kepadaNya. Tapi, sebagai hamba, kita tetap kena selalu bersyukur ya.


La-in syakartum la-azidannakum wa la-in kafartum inna ‘adzabi lasyadid,
“Kalau kalian syukur , aku akan tambahkan ni’mat kepadamu, dan kalau kamu kufur, maka sesungguhnya azabku maha pedih”.( QS Ibrahim , 14:7).

and, for all people who thinks that, life is unfair. trust me. Allah itu Maha Adil, hidup kita akan lebih bahagia bila mana kita bersangka baik dengan Allah. Berdoalah seikhlas hati pada Dia, dan ketahuilah yang Alah itu juga Maha Mendengar, and He is the Most Merciful. Apa lagi kuasa yang lebih hebat dari kekuasaaNya? Tak ada kan, hanya Allah saja lah tempat kita luahkan segalanya, berharaplah dengan bersungguhnya pada Dia. Pujilah Allah dengan segala puji-pujian yang indah. ihfazillah yahfazka, jagalah (hak) Allah, maka Allah akan menjaga (hak) kita,


No comments: